SHAH ALAM, 13 Syaaban 1438H, Rabu – PAS tidak akan mengadakan sebarang rundingan mengenai pembahagian kerusi di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 apabila Majlis Syura memeterai keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, parti itu tidak akan terikat dalam menentukan kerusi yang mahu ditandinginya nanti tanpa sebarang perbincangan dengan pihak lain.
“Ia semua bergantung kepada keputusan muktamar Majlis Syura. Jika kita putus hubungan, maka tidak akan ada perbincangan mengenai pembahagian kerusi dan kawasan yang kita rancang bertanding.
“Tidak akan ada sebarang konsensus di mana kerjasama politik berkenaan,” katanya kepada pemberita, semalam.
Beliau menegaskan bahawa apa sahaja keputusan daripada Majlis Syura itu, PAS akan terus kekal dalam kerajaan negeri untuk terus memenuhi mandat yang diberikan oleh rakyat.
“Ia hanya akan berakhir apabila mandat itu dipenuhi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan,” katanya.
0 Komentar untuk "Tiada rundingan pembahagian kerusi dengan PKR: PAS Selangor"