Gema Semua Maklumat

Trump bakal berucap mengenai Islam di Arab Saudi

Trump bakal berucap mengenai Islam di Arab Saudi

WASHINGTON, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan memberikan ucapan berkaitan agama Islam ketika lawatannya ke Arab Saudi nanti, menurut White House.

Penasihat Keselamatan Negara, HR McMaster berkata, Trump akan bertemu dan makan tengah hari bersama pemimpin daripada lebih 50 negara Islam.

“Dia (Trump) akan bertemu dan makan tengah hari, di mana beliau akan menyampaikan ucapan yang memberi inspirasi kepada keperluan untuk berhadapan dengan ideologi radikal dan pandangan mengenai Islam,” katanya.

Trump dijangka melawat Riyadh minggu depan dan mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Arab Saudi serta 56 pemimpin Arab dan Islam bagi membincangkan usaha memerangi ekstremisme dan membanteras pembiayaan haram.

Menurut seorang pegawai kanan White House, Trump akan membincangkan mengenai bagaimana untuk menangani ancaman militan IS, perang di Yaman, ancaman peluru balistik dan perkapalan maritim di Laut Merah.- Agensi

The post Trump bakal berucap mengenai Islam di Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Trump bakal berucap mengenai Islam di Arab Saudi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Trump bakal berucap mengenai Islam di Arab Saudi"

Back To Top