Gema Semua Maklumat

Tun Mahathir kesal namanya diperguna untuk jatuhkan Muhyiddin

Tun Mahathir kesal namanya diperguna untuk jatuhkan Muhyiddin

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan ahli parti yang menggunakan namanya untuk menyingkirkan Presiden,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan tindakan mereka hanya memecahbelahkan parti, bekas perdana menteri itu berkata, apa yang dilakukan segelintir pihak itu hanya membantu Datuk Seri Najib membawa BN menuju kemenangan pada pilihan raya umum akan datang (PRU14).

Tun Mahathir berkata, sepatutnya mereka menghargai pengorbanan Muhyiddin yang sanggup membenarkan diri disingkir dari parti dan kerajaan, boleh dianggap korban yang amat besar.

“Umum tahu yang Muhyiddin mengkritik Najib semasa masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Akhirnya dia disingkir.

“Setelah disingkir, tidak seperti orang lain yang kehilangan jawatan, Muhyiddin tidak jauhkan diri dari saya. Sebaliknya beliau bersedia untuk bersama menubuh Parti Pribumi Bersatu dan menjadi Presidennya.

“Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi Pengerusi Parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya,” kata Tun Mahathir di blognya.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua pendaftar Bersatu Perak Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar yang menuntut Muhyiddin meletak jawatan.

Ia susulan selepas majoriti daripada 24 bahagian negeri itu dilaporkan mempertanggungjawabkan Muhyiddin untuk masalah yang dihadapi parti di peringkat persekutuan dan negeri.

Pada awal April lalu, kira-kira 500 ahli Bersatu Rembau juga keluar parti, mendakwa mereka tidak meyakini kepimpinan Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kesal dengan situasi berlaku, Tun Mahathir yakin mereka yang menuntut Muhyiddin disingkir sebenarnya mahu menggagalkan usaha Bersatu menewaskan BN pada PRU14.

“Mereka ingin lihat saya gagal dan Najib berjaya. Mereka yang mendakwa mereka sokong saya, sebenarnya adalah musuh saya yang berjuang untuk Najib.

“Jadi, penyokong Najib tidak ada tempat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia,” katanya.

The post Tun Mahathir kesal namanya diperguna untuk jatuhkan Muhyiddin appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tun Mahathir kesal namanya diperguna untuk jatuhkan Muhyiddin
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tun Mahathir kesal namanya diperguna untuk jatuhkan Muhyiddin"

Back To Top