Gema Semua Maklumat

Umrah persendirian salah di sisi undang-undang Arab Saudi

Umrah persendirian salah di sisi undang-undang Arab Saudi

PUTRAJAYA, 21 Syaaban 1438H, Khamis – Pelaksanaan umrah secara persendirian adalah salah di sisi undang-undang Arab Saudi, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berkata, kerajaan Arab Saudi mewajibkan jemaah di Tanah Suci berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah yang sah.

Katanya, mana-mana individu yang didapati melakukan umrah persendirian boleh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Ada pihak yang berkongsi pengalaman kejayaan mereka mengerjakan umrah secara DIY terutama melalui media sosial,”

“Bagaimanapun, kementerian mengingatkan pelancong yang dikategorikan sebagai Pengembara Bebas (FIT) tidak terpakai bagi tujuan umrah,” katanya.

The post Umrah persendirian salah di sisi undang-undang Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Umrah persendirian salah di sisi undang-undang Arab Saudi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Umrah persendirian salah di sisi undang-undang Arab Saudi"

Back To Top