Gema Semua Maklumat

Zakat Pulau Pinang bentuk jawatankuasa siasat kes penyelewengan

Zakat Pulau Pinang bentuk jawatankuasa siasat kes penyelewengan

GEORGETOWN, 27 Syaaban 1438H, Rabu – Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan menjalankan siasatan dalaman berhubung kes rasuah dan penyelewengan membabitkan lima pegawai termasuk dua pegawai kanannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri, Datuk Abdul Malik Kasim berkata, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan membentuk jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kes itu dalam masa terdekat.

Katanya, jawatankuasa itu akan melibatkan Jawatankuasa Audit ZPP; Ketua Audit Dalaman Kerajaan negeri, Bendahari negeri dan pegawai MAINPP sebagai Setiausahanya.

“Jawatankuasa ini sudah bermesyuarat dua hari lalu untuk memutuskan terma dan rujukan sebelum memantau dan menghantar laporan kepada MAINPP dengan segera,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Awal bulan lalu, seramai 15 individu termasuk tujuh pegawai kanan ZPP dan kontraktor ditahan SPRM negeri itu bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat untuk projek pembangunan masyarakat ZPP sejak tiga tahun lalu.

The post Zakat Pulau Pinang bentuk jawatankuasa siasat kes penyelewengan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Zakat Pulau Pinang bentuk jawatankuasa siasat kes penyelewengan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Zakat Pulau Pinang bentuk jawatankuasa siasat kes penyelewengan"

Back To Top