Gema Semua Maklumat

10 negara tawar kerakyatan kepada Zakir Naik

10 negara tawar kerakyatan kepada Zakir Naik

RIYADH, 2 Syawal 1438H, Isnin – Pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik berkata, sekurang-kurangnya 10 negara Islam telah menawarkan kewarganeraan kepadanya.

“Dengan rahmat Tuhan, saya diberikan kewarganegaraan oleh sekurang-kurangnya 10 negara Islam.

Bagaimanapun jelas Dr Zakir Naik, beliau belum membuat sebarang keputusan.

“Mungkin pada masa akan datang, saya akan terima jika sesuai, walaupun menurut (teks Islam), jika orang menganiaya saya kerana fikiran saya, saya harus melindungi diri saya,” katanya lagi.

Kenyataan Dr Zakir Naik dilaporkan The Hindu menerusi temu bual saluran itu di Riyadh.

Berdasarkan wawancara disiarkan saluran Arab Saudi, Al Majd TV, Dr Zakir Naik turut menafikan laporan sebelum ini beliau menerima kewarganegaraan lain. – Agensi

The post 10 negara tawar kerakyatan kepada Zakir Naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 10 negara tawar kerakyatan kepada Zakir Naik
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "10 negara tawar kerakyatan kepada Zakir Naik"

Back To Top