BATU PAHAT, 5 Syawal 1438H, Khamis – Kira-kira 100 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di lokasi strategik di seluruh negara, tahun depan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, AES yang akan dipasang di lebuh raya dan jalan Persekutuan itu dapat membantu pengguna jalan raya mematuhi peraturan, memandangkan ia adalah sistem penguatkuasaan 24 jam.
“AES ini akan ditambah kerana kita (Malaysia) mempunyai matlamat untuk mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun 2020 seperti yang telah dipersetujui di peringkat dunia,” katanya di sini, semalam.
Anggota Parlimen Sri Gading itu berkata, ketika ini, kira-kira 50 AES sudah dipasang di seluruh negara.
Beliau berkata, saranan mengurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang tahun2020 merupakan satu cabaran kepada negarakerana Malaysia merupakan satu daripada negara yang mencatatkan kadar kemalangan tinggi.
Kita (kerajaan) juga tidak mahu negara kerugian modal insan akibat kemalanganjadi, penguatkuasaan secara automasi (AES) adalah kaedah terbaik memandangkan sistem ini tidak ada pilih kasih kerana kamera tidak mengenali orang dan akan rakam semua kenderaan yang lalu,” katanya.
Ab Aziz dalam pada itu turut menasihati pengguna jalan raya yang akan pulang semula ke kota selepas sambutan hari raya supaya mengambil iktibar dengan memandu secara berhemah bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Beliau yakin kemalangan dapat dielakkan sekiranya pengguna jalan raya memandu dengan cermat dan mengikut peraturan ditetapkan.– Bernama
The post 100 lagi kamera AES dipasang tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 100 lagi kamera AES dipasang tahun depan
0 Komentar untuk "100 lagi kamera AES dipasang tahun depan"