JOHOR BAHRU, 3 Syawal 1438H, Selasa – Sebanyak 293 kenderaan dikesan melakukan pelbagai kesalahan jalan raya dalam operasi bersepadu yang dijalankan sejak 12 Jun lalu.
Perkara demikian dimaklumkan Ketua Jabatan Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad kepada pemberita, malam tadi.
Beliau berkata, sebanyak 154 kes membabitkan bas berikutan beberapa kesalahan termasuklah mengenakan tambang berlebihan kepada pengguna, tidak mempunyai dokumen pemandu serta menurunkan penumpang di kawasan yang tidak dibenarkan.
“Bagi teksi pula, sebanyak 37 kesalahan dikenal pasti, antaranya tidak memiliki kad pemandu serta gagal mengemukakan permit selain tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang,” katanya.
Che Hasni berkata, sebanyak 102 kesalahan pula direkodkan membabitkan lori, antaranya membawa muatan yang berlebihan serta gagal mengemukakan permit.
Katanya, sebanyak 4,861 kenderaan diperiksa di seluruh negara itu membabitkan bas (3,445), teksi (932) dan lori (484).
Operasi bersepadu itu akan dijalankan sehingga 2 Julai ini sempena musim perayaan, dengan kekuatan 380 anggota penguat kuasa SPAD, dibantu pelbagai agensi penguatkuasaan lain.
The post 293 kenderaan dikesan lakukan kesalahan sepanjang operasi bersepadu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 293 kenderaan dikesan lakukan kesalahan sepanjang operasi bersepadu
0 Komentar untuk "293 kenderaan dikesan lakukan kesalahan sepanjang operasi bersepadu"