Gema Semua Maklumat

AirAsia X, Rolls-Royce siasat enjin D7237

AirAsia X, Rolls-Royce siasat enjin D7237

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Syawal 1438H, Selasa – AirAsia X menyiasat punca insiden membabitkan penerbangan D7237 dari Perth ke Kuala Lumpur pagi Ahad lalu.

Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Perth 90 minit selepas berlepas disebabkan masalah teknikal di bahagian enjin.

“Kami sedang menyiasat insiden itu bersama pengeluar engin, Rolls-Royce.

“Kami juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa penerbangan tempatan.

“Kami menegaskan bahawa Kumpulan AirAsia sentiasa mematuhi program penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pengeluar.

“Kami juga mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh setiap negara tempat syarikat penerbangan beroperasi, termasuk Australia.

“Keselamatan penumpang dan krew sangat penting kepada kami,” kata AirAsia X dalam satu kenyataan semalam.

Di Australia, Kumpulan AirAsia lulus semua audit keselamatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan tempatan.

Ia juga memulakan proses pengauditan sukarela Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA) bagi syarikat penerbangan dalam kumpulan itu, termasuk AirAsia X Malaysia, AirAsia X Indonesia dan AirAsia Indonesia.

AirAsia X Malaysia menerima dua sijil audit IOSA, masing-masing pada 2015 dan 2016. – Bernama

The post AirAsia X, Rolls-Royce siasat enjin D7237 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di AirAsia X, Rolls-Royce siasat enjin D7237
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "AirAsia X, Rolls-Royce siasat enjin D7237"

Back To Top