KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Aliran trafik keluar dan masuk ke ibu negara di kesemua lebuh raya utama di Semenanjung dilapor bergerak lancar setakat 9 pagi ini.
Ketika dihubungi Bernama, jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan tiada kawasan yang dilapor bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan bagi laluan di utara Semenanjung Malaysia.
Keadaan sama dilapor di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 bagi laluan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, menurut catatan Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama
The post Aliran trafik lancar di lebuh raya utama appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Aliran trafik lancar di lebuh raya utama
0 Komentar untuk "Aliran trafik lancar di lebuh raya utama"