KUALA LUMPUR, 5 Syawal 1438H, Khamis – Orang ramai kini boleh menaiki teksi secara mudah dan pantas dengan menggunakan aplikasi terbaharu, PICKnGo.
Pengarah Pick N Go Sdn Bhd, Valerie Chan berkata, menerusi aplikasi berkenaan, ia dapat menghubungkan pengguna dengan pemandu teksi berlesen dan profesional untuk tiba ke destinasi dengan cepat serta selamat.
Aplikasi itu dapat menghubungkan pengguna dengan kira-kira 10,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang.
Aplikasi yang akan dilancarkan pada 7 Ogos ini, memberi kelebihan kepada pengguna dari segi kadar bayaran konsisten melalui penggunaan meter.
Valerie berkata, aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi antarabangsa dan syarikat utama perkhidmatan teksi di negara ini menyediakan ciri-ciri tempahan awal, selain memastikan pengguna menempuh perjalanan lebih baik.
“Dengan menggunakan aplikasi PICKnGO, pengguna dapat memilih tambang paling rendah selain yakin dengan jaminan keselamatan.
“Keselamatan pengguna amat dititikberatkan dengan pemeriksaan teksi secara berkala selain dilindungi insurans. Aplikasi ini didatangkan dengan butang isyarat SOS demi keselamatan penumpang ,” katanya dalam satu kenyataan.
Valerie berkata, menerusi aplikasi itu juga pengguna dapat berhubung terus dan mengakses profil pemandu serta mengikuti pergerakan kenderaan menerusi peta interaktif untuk mengetahui waktu ketibaan dengan lebih tepat.
Orang ramai boleh memuat turun PICKnGO untuk platform Android dan iOS secara percuma.
The post Aplikasi PICKnGo mudahkan orang ramai dapatkan teksi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Aplikasi PICKnGo mudahkan orang ramai dapatkan teksi
0 Komentar untuk "Aplikasi PICKnGo mudahkan orang ramai dapatkan teksi"