Gema Semua Maklumat

Arab Saudi mahu sumbang RM286juta bantu perangi wabak taun di Yaman

Arab Saudi mahu sumbang RM286juta bantu perangi wabak taun di Yaman

RIYADH, 1 Syawal 1438H, Ahad ­– Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman berkenan menyumbang kira-kira RM286 juta bagi memerangi wabak taun di Yaman.

Sumbangan kecemasan itu dihulurkan menerusi Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi memenuhi permintaan kedua-dua organisasi antarabangsa tersebut.

Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Arab Saudi berkata, pihaknya bakal membantu memberikan bantuan berkesan terhadap keadaan taun di Yaman, melalui gabungan kegiatan air, kebersihan dan jagaan kesihatan.

Jumlah kes yang disyaki bagi penyakit itu, yang disebabkan oleh pencemaran air atau makanan akibat najis dilaporkan mencecah 179,548 sehingga 20 Jun lalu, dengan angka korban seramai 1,205, menurut WHO.

Ketua Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien menyifatkan wabak taun sebagai “bencana buatan manusia” disebabkan oleh pihak bertelagah bertempur dalam perang saudara di Yaman dan negara lain yang turut menyokongnya. – Agensi

The post Arab Saudi mahu sumbang RM286juta bantu perangi wabak taun di Yaman appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arab Saudi mahu sumbang RM286juta bantu perangi wabak taun di Yaman
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arab Saudi mahu sumbang RM286juta bantu perangi wabak taun di Yaman"

Back To Top