Gema Semua Maklumat

Arkib Negara sedia kerjasama dengan IPTA mantapkan pengetahuan sejarah masyarakat

Arkib Negara sedia kerjasama dengan IPTA mantapkan pengetahuan sejarah masyarakat

KUALA LUMPUR, 21 Ramadan 1438H, Jumaat – Arkib Negara sedia bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi meningkatkan pengetahuan tentang sejarah negara dalam kalangan orang ramai.

Ketua Pengarah Arkib Negara, Azemi Abdul Aziz berkata terdapat banyak isu yang dipersoalkan oleh orang ramai disebabkan oleh fakta sejarah yang kurang jelas.

Beliau berkata selaku jabatan kerajaan yang bertanggungjawab ke atas pemuliharaan dokumen yang mencatat pelbagai sejarah negara, Arkib Negara mempunyai kelebihan yang boleh dimanfaatkan masyarakat.

“Bahan-bahan ini kami telah pelihara dan pulihara agar ia sentiasa tersedia untuk dikaji oleh para penyelidik,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Arkib Negara dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Azemi mewakili Arkib Negara manakala UPSI oleh Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Sementara itu, Mohammad Shatar berkata kerjasama tersebut melibatkan semua fakulti dan pusat pengajian UPSI.

“UPSI adalah institusi bersejarah yang dikenali ramai dan telah melahirkan ramai tokoh negara,” katanya, sambil menekankan kepentingan sejarah dalam kalangan pelajar.

Beliau juga berharap jalinan persefahaman itu dapat memantapkan muzium UPSI.  – Bernama

The post Arkib Negara sedia kerjasama dengan IPTA mantapkan pengetahuan sejarah masyarakat appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arkib Negara sedia kerjasama dengan IPTA mantapkan pengetahuan sejarah masyarakat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arkib Negara sedia kerjasama dengan IPTA mantapkan pengetahuan sejarah masyarakat"

Back To Top