KUALA LUMPURI, 7 Ramadan 1438H, Jumaat – Kerajaan China hari ini menyerahkan senarai 100 nama warganegaranya yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah dan dipercayai berada di negara ASEAN termasuk Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, senarai nama itu diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri.
Jelas beliau, kesemua individu itu dipercayai terlibat dalam jenayah keganasan, penipuan telekomunikasi, dadah dan jenayah rentas sempadan.
Susulan itu, Malaysia khususnya melalui Polis Diraja Malaysia akan melakukan siasatan, penahanan dan seterusnya penghantaran pulang ke negara asal, sekiranya mereka didapati berada di negara ini.
“China berkongsi senarai itu dengan kita. Tetapi kita perlu siasat sama ada suspek-suspek masih berada di Malaysia.
“Suspek-suspek warganegara China bukan hanya memilih sebagai tempat persembunyian tetapi mereka juga sedang beroperasi di negara ASEAN,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun dan delegasinya yang mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia sejak Rabu lalu di Putrajaya hari ini.
Menjawab persoalan sama ada Malaysia turut menyerahkan senarai syak kepada kerajaan China, Zahid berkata, Malaysia juga menyerahkan senarai nama tersebut namun enggan mendedahkan bilangan penjenayah Malaysia yang dikehendaki.
The post China serah 100 nama rakyatnya disyaki penjenayah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di China serah 100 nama rakyatnya disyaki penjenayah
0 Komentar untuk "China serah 100 nama rakyatnya disyaki penjenayah"