Gema Semua Maklumat

Seorang lagi pelajar tahfiz meninggal dunia

Seorang lagi pelajar tahfiz meninggal dunia

KUALA KRAI, 7 Ramadan 1438H, Jumaat – Angka korban nahas van dinaiki pelajar tahfiz yang terbabas pagi tadi meningkat kepada enam orang, selepas seorang lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Mangsa keenam itu meninggal dunia kira-kira setengah jam selepas dirawat di Hospital Kuala Krai.

Kemalangan berlaku selepas van yang dinaiki pelajar tahfiz terbabas ke dalam parit sebelum merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, van tersebut dinaiki 14 pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi atau CT-ONE Islamic Center (CIC) yang terletak di Kampung Tualang.

“Kesemua pelajar CIC berkenaan berusia lingkungan 15 hingga 18 tahun,” katanya.

The post Seorang lagi pelajar tahfiz meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Seorang lagi pelajar tahfiz meninggal dunia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Seorang lagi pelajar tahfiz meninggal dunia"

Back To Top