Gema Semua Maklumat

Daesh letup masjid, menara condong di Mosul

Daesh letup masjid, menara condong di Mosul

MOSUL, 27 Ramadan 1438H, Khamis – Pengganas Daesh dilapor meletupkan Masjid al-Nuri yang terkenal di seluruh dunia dengan menara condongnya, awal pagi tadi waktu tempatan.

Masjid itu merupakan tempat di mana ketua Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi, mengisytiharkan “khilafah” di bawah kepimpinannya pada 2014.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik di media sosial, ia menunjukkan menara itu runtuh menegak, di sebalik jeritan seorang wanita, “Menara! menara!”.

Letupan itu berlaku ketika pasukan elit anti-keganasan tentera Iraq yang sedang memerangi IS di Kota Lama Mosul, sudah berada hampir 50m dari kawasan masjid.

Bagaimanapun Amerika Syarikat secara pantas menolak dakwaan telah menghancurkan masjid itu.

Ketua Tentera Udaranya, Joseph Martin berkata, ini merupakan jenayah ke atas penduduk Mosul dan seluruh Iraq, ia menjadi sebab mengapa Daesh kejam ini perlu dihapuskan.

“Daesh bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehancuran ini,” katanya.

Pemusnahan dua mercu tanda paling terkenal di Mosul itu dilakukan pada hari keempat serangan tentera Iraq yang dibantu pasukan antarabangsa untuk merampas semula Kota Lama, pertahanan terakhir Daesh. -Agensi

The post Daesh letup masjid, menara condong di Mosul appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Daesh letup masjid, menara condong di Mosul
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Daesh letup masjid, menara condong di Mosul"

Back To Top