Gema Semua Maklumat

Denda RM64,000, penjara 15 tahun jika pakai jersey Barcelona di Arab Saudi

Denda RM64,000, penjara 15 tahun jika pakai jersey Barcelona di Arab Saudi

RIYADH, 18 Ramadan 1438H, Selasa – Kit pasukan bagi kelab bola sepak dari Sepanyol – Barcelona FC – salah satu jersey pasukan paling dikenali dalam dunia sukan, kini diharamkan di Arab Saudi.

Memakai jersey kelab bola sepak gergasi itu di Arab Saudi, di mana terpampang ‘Qatar Airways’ di bahagian depan jersey Barcelona, boleh menyebabkan pemakainya di denda RM64,000 dan penjara sehingga 15 tahun.

Tindakan dianggap melampau yang dilaksanakan Riyadh itu adalah sebagai satu lagi langkah sekatan dilaksanakan oleh Arab Saudi dan sesetengah sekutunya di rantau Teluk terhadap Qatar.

Penaja Barcelona – Qatar Airways – adalah antara beberapa entiti dari Qatar yang disenaraihitamkan oleh Arab Saudi. Qatar Airways menjadi penaja Barcelona sejak empat musim yang lalu, tetapi akan diganti oleh Rakuten dari Jepun yang menandatangani perjanjian empat tahun bermula musim akan datang.

Pasukan Barcelona amat popular di Timur Tengah, termasuk negara Teluk. Adalah biasa melihat penyokong memakai jersey pasukan itu yang tertera nama Lionel Messi.

Minggu lalu, Arab Saudi mengumumkan pengharaman saluran berita berpangkalan di Qatar – Al- Jazeera – di semua hotel dan kemudahan pelancongan di negara itu dan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melanggar arahan.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Bahrain dan Yaman, awal bulan ini, memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dengan tuduhan Doha membantu pengganas. Qatar bagaimanapun, menafikan tuduhan itu. – Agensi

The post Denda RM64,000, penjara 15 tahun jika pakai jersey Barcelona di Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Denda RM64,000, penjara 15 tahun jika pakai jersey Barcelona di Arab Saudi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Denda RM64,000, penjara 15 tahun jika pakai jersey Barcelona di Arab Saudi"

Back To Top