KOTA BHARU, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani, hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Memberitahu sidang media di Kota Darul Naim hari ini, beliau berkata, Mat Yusoff diisytiharkan muflis dan pihaknya menerima surat pemakluman itu daripada Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor pada 28 Mei lalu.
Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan.
“Bermula tarikh ini saya mengisytiharkan bahawa kerusi Dun Nengiri kosong akibat kebangkrapan tersebut,” katanya.
Abdullah berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan perkara berkenaan.
The post DUN Nenggiri kosong, Mat Yusoff diisytihar muflis appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di DUN Nenggiri kosong, Mat Yusoff diisytihar muflis
0 Komentar untuk "DUN Nenggiri kosong, Mat Yusoff diisytihar muflis"