Gema Semua Maklumat

Ekstremis Buddha Myanmar ubah nama selepas diharam

Ekstremis Buddha Myanmar ubah nama selepas diharam

YANGON, 7 Ramadan 1438H, Jumaat –  Ektremis Budha, Ma Ba Tha, dilapor membuat penjenamaan semula nama­nya beberapa hari selepas pertubuhan utama agama Buddha mengharamkan rangkaian itu yang didakwa telah mencetuskan Islamophobia di Myanmar.

Pergerakan yang diterajui kumpulan sami itu berkembang di bawah kerajaan tentera, kerap melaungkan nasionalisme Buddha sehingga meningkatkan ketegangan dengan minoriti umat Islam di negara itu.

Gerakan Ma Ba Tha juga kerap melancarkan bantahan dan mengadakan syarahan bertujuan untuk membangkitkan idea bahawa penganut agama Buddha di Myanmar diancam oleh penduduk Islam.

Selasa lalu, barisan ter­tinggi pemimpin agama Buddha Myanmar mengarahkan Ma Ba Tha menghentikan semua aktivitinya sehingga pertengahan bulan Julai ini atau berdepan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun semalam, pe­mimpin gerakan ekstemis itu bertegas tidak mahu membubarkan kumpulan tersebut sebaliknya mengumumkan akan bergerak di bawah nama baharu, Yayasan Dermawan Dhamma Buddha. -Agensi

The post Ekstremis Buddha Myanmar ubah nama selepas diharam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ekstremis Buddha Myanmar ubah nama selepas diharam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ekstremis Buddha Myanmar ubah nama selepas diharam"

Back To Top