Gema Semua Maklumat

Harga petrol turun 7 sen, diesel kekal

Harga petrol turun 7 sen, diesel kekal

BANGI, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 turun lagi mulai tengah malam ini, bagi minggu keempat bulan Jun.

Menerusi harga baharu tersebut, RON95 turun sebanyak 7 sen daripada RM1.98 kepada RM1.91 seliter.

Sementara, bagi harga siling untuk petrol jenis RON97 juga turun sebanyak 7 sen daripada RM2.24 kepada RM2.17 seliter, manakala harga diesel kekal sebanyak RM1.88 seliter.

Kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam 22 Jun sehingga 11. 59 malam 28 Jun depan.

The post Harga petrol turun 7 sen, diesel kekal appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Harga petrol turun 7 sen, diesel kekal
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Harga petrol turun 7 sen, diesel kekal"

Back To Top