Gema Semua Maklumat

India Muslim Minta diberi Status Bumiputera

India Muslim Minta diberi Status Bumiputera. Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) hari ini mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya memberi status Bumiputera kepada masyarakat India Muslim yang lahir di negara ini.

India Muslim Minta diberi Status Bumiputera

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) hari ini mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya memberi status Bumiputera kepada masyarakat India Muslim yang lahir di negara ini.

Permohonan itu dibuat menerusi satu memorandum PSUAM kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran Syed Abd Aziz berkata, status itu wajar diberikan kerana masyarakat India Muslim di Malaysia mengiktiraf dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu selain bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam.

“Mereka juga mengamalkan adat resam dan budaya Melayu dalam kehidupan seharian,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ihya Ramadan anjuran Persatuan Malabari Muslim Jamaat (MMJ) Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. Turut hadir Presiden MMJ Selangor dan Wilayah Persekutuan Abu Bakar Koyakutty.

Syed Muhammad Imran berkata, kira-kira lima juta masyarakat India Muslim ada di negara ini dengan 700,000 orang daripadanya berketurunan Malabari yang berasal dari Kerala, India.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, PSUAM perlu menyediakan kertas kerja lengkap berhubung permohonan status Bumiputera itu untuk dipertimbangkan oleh perdana menteri.

Beliau berkata, persatuan itu boleh merujuk kepada kertas kerja yang disediakan oleh masyarakat Siam yang dapat memperoleh status Bumiputera di negara ini. – Bernama

The post India Muslim minta diberi status Bumiputera appeared first on Portal Islam dan Melayu. Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di India Muslim minta diberi status Bumiputera
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "India Muslim Minta diberi Status Bumiputera"

Back To Top