Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menggesa Malaysia Airlines Berhad (MAB) atau lebih dikenali sebagai MAS, berhenti daripada menghidang arak dalam semua penerbangan mereka.
Ketua Biro Islamiyat Isma, Ustaz Haji Omar Kassim berkata, kejadian penumpang yang mabuk dan cuba memasuki kokpit pesawat MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur, tengah malam tadi, sudah keterlaluan kerana menyebabkan pesawat terpaksa berpatah balik ke Tullamarine Airport, Melbourne.
“Kejadian ini amat dikesali dan sangat membimbangkan. Kejadian yang asalnya dikhuatiri tindakan kasar dan keterlaluan penumpang kini jelas terbukti berpunca daripada kemabukan alkohol.
“Daripada kejadian ini, kita dapat memahami bahawa kejadian ‘mabuk biasa’ yang tidak sampai ke tahap ini sudah tentunya kerap berlaku dan ini pasti mengganggu ketenteraman penumpang lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Oleh itu, Ustaz Omar berkata, menghentikan penjualan arak juga akan mengurangkan kos operasi dan menambahkan keberkatan kepada perniagaan MAS.
Ia juga sama dengan tindakan syarikat penerbangan lain seperti Saudi Airlines dan Royal Brunei yang telah lama mengambil tindakan serupa, katanya.
“MAS juga perlu prihatin kepada staf mereka yang telah saban tahun menghidang arak kepada penumpang mereka.
“Mereka terlibat secara langsung sebagai golongan yang dilaknat Allah berdasarkan hadis Nabi SAW, yang diriwayatkan Tirmizi dan Abu Majah bermaksud: Dilaknat pada arak, peminumnya, penuangnya, pembelinya, orang yang minta dibelikan, pembawanya,orang yang minta dibawakan kepadanya, pemerahnya, orang yang minta diperahkan dan orang yang makan dari hasil arak,” kata Ustaz Omar.
The post Isma gesa henti hidang arak dalam pesawat MAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isma gesa henti hidang arak dalam pesawat MAS
0 Komentar untuk "Isma gesa henti hidang arak dalam pesawat MAS"