Gema Semua Maklumat

Jangan mudah percaya fitnah sengaja diadakan: Rosmah

Jangan mudah percaya fitnah sengaja diadakan: Rosmah

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, pertubuhan, mahupun negara.

Katanya, fitnah yang disebarkan melalui media sosial itu dilihat sebagai salah satu bentuk ‘peperangan’ yang mampu mengganggu gugat sesebuah negara.

“Bagi melebar luas anasir-anasir kotor mereka, media sosial telah dijadikan senjata utama mereka untuk mengelirukan serta mempengaruhi minda dan fikiran rakyat.

“Natijahnya orang yang difitnah terus menjadi mangsa dan masyarakat akan dimomokkan dengan perkara tidak benar,” katanya ketika berucap sebelum menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, semalam, lapor Bernama.

Laporan berita hari ini mengaitkan beliau dengan pembelian barang kemas, termasuk kalung permata berlian, bernilai hampir RM128.29 juta menggunakan wang yang diseleweng daripada dana 1MDB dan melalui akaun Datuk Seri Najib Razak.

Menurut saman terbaharu Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat, kalung berlian berkenaan dibeli pada 2013, hanya sebulan selepas AS$680 juga dipindahkan ke akaun peribadi Najib di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia berkata, wang itu adalah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Kalung berlian itu dibeli dari Lorraine Schwartz di New York. Saman terbaharu itu turut mendedahkan pesanan Jho Low kepada Schwartz pada Jun 2013 yang menyebut “Need a 18 carrot (carat) pink heart diamond vivid or slightly short of vivid. On diamond necklace urgent”.

Sebulan kemudian Schwartz menunjukkan kalung itu kepada sekumpulan individu, termasuk Rosmah, di atas sebuah kapal layar mewah dan besar di dunia – Topaz – di Monaco. Jho Low menyewa kapal layar berukuran 147 meter itu selama tujuh hari pada awal Julai 2013, kata laporan DoJ.

Rosmah dan Jho Low sekali lai bertemu Schwarts di sebuah hotel di New York pada September tahun yang sama, ketika Najib berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kalung itu akhirnya diserahkan kepada seorang rakan Rosmah yang tidak dinamakan pada 2014 di Hong Kong, yang kemudian menyerahkan kepada Rosmah di Kuala Lumpur, kata DoJ.

Jho Low juga menguruskan pembelian 27 barang kemas lain bernilai RM5.56 juta kepada Rosmah pada 2014.

The post Jangan mudah percaya fitnah sengaja diadakan: Rosmah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jangan mudah percaya fitnah sengaja diadakan: Rosmah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jangan mudah percaya fitnah sengaja diadakan: Rosmah"

Back To Top