JOHOR BAHRU, 18 Ramadan 1438H, Selasa – Johor akan menambah penerbangan terus dari negeri ini ke destinasi baharu di luar negara menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dalam tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, antara destinasi baharu itu adalah di China, Jepun, Korea dan India.
“Sekarang ini Johor mempunyai 15 penerbangan terus dari LTAS dengan tujuh daripadanya antaranya ke Bangkok, Thailand, ke Guangzhou, China dan Jakarta serta Surubaya, Indonesia.
“Sementara lapan lagi adalah penerbangan terus dalam negara antaranya ke Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Ramah Mesra bersama Media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pelancongan di Double Tree By Hilton Hotel di sini malam tadi.
The post Johor tambah penerbangan terus ke China, Jepun appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Johor tambah penerbangan terus ke China, Jepun
0 Komentar untuk "Johor tambah penerbangan terus ke China, Jepun"