Gema Semua Maklumat

JPJ perlu kaji had muatan kenderaan persendirian elak risiko kemalangan

JPJ perlu kaji had muatan kenderaan persendirian elak risiko kemalangan

KUALA LUMPUR, 18 Ramadan 1438H, Selasa – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disyor untuk menguatkuasakan muatan penumpang susulan kemalangan jalanraya di Jempol yang berlaku kelmarin hingga mengorbankan enam sekeluarga serta dua yang lain.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi yang menyuarakan cadangan itu berkata, beliau berasa bimbang apabila kenderaan persendirian tidak mematuhi muatan yang ditetapkan.

Katanya, penumpang yang berlebihan di dalam sesebuah kenderaan akan meningkatkan risiko kemalangan.

“Jadi atas sebab itu pihak kerajaan akan melihat semula untuk mempastikan had muatan dipatuhi bagi kenderaan persendirian.

“Setakat ini kita belum menguatkuasakan had penumpang jadi saya rasa sudah sampai masanya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat had penumpang ini supaya ianya dapat mewujudkan keselamatan yang lebih terjamin di atas jalanraya,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa bersama media pada Isnin.

Susulan itu, Aziz berkata, kerajaan bersama-sama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) akan mengenalpasti kawasan yang kerap berlaku kemalangan bagi pemasangan kamera AWAS.

“Miros juga akan melihat dari semua aspek jika kawasan tertentu didapati seringkali berlaku kemalangan maka kamera AWAS akan dipasang di kawasan tersebut.

“Kita juga akan menambah bilangan kamera AWAS untuk mempastikan jalanraya selamat digunakan untuk semua,” katanya lagi.

Selain itu, katanya, pemarkahan dimerit juga akan diguna pakai bagi memastikan pemandu apa jua jenis kenderaan sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya.

“Selain sistem AWAS kita juga akan mengambil tindakan melalui dimerit dimana kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu kita akan tolak mata dimerit ini dan apabila dia beberapa kali melakukan kesalahan maka lesen mereka akan digantung dan mereka perlu menjalani rehabilitasi supaya mereka tidak melakukan kesalahan berulang kali.

“Perkara ini kita kerajaan sangat serius kerana kemalangan di negara kita semakin bertambah dan ia sangat membebankan kerajaan kerana kita tidak mahu kerugian berterusan kerana setiap kemalangan maut membawa kepada kerugian kepada modal insan kepada negara kita,” katanya.

The post JPJ perlu kaji had muatan kenderaan persendirian elak risiko kemalangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di JPJ perlu kaji had muatan kenderaan persendirian elak risiko kemalangan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "JPJ perlu kaji had muatan kenderaan persendirian elak risiko kemalangan"

Back To Top