KUALA LUMPUR, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Kelantan berharap semua 52 lantikan politik PKR di negeri itu kekal berkhidmat sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ianya terpulang kepada PKR untuk membuat keputusan.
“Sekiranya PKR tetap memutuskan untuk meletak jawatan, PAS akan membuat lantikan baharu bagi mengisi kekosongan itu.
“Jawatan lantikan politik PKR di Kelantan adalah kira-kira 52 orang dan akan diganti dengan lantikan baharu jentera parti,” katanya pada sesi soal jawab bersama media di Majlis Berbuka Puasa PAS di sini, malam tadi.
Pada 16 Mei lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan semua lantikan politik di Kelantan melepaskan jawatan serta-merta susulan tindakan PAS memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.
Selepas hampir sebulan arahan dikeluarkan, PKR Kelantan dilapor belum meletak jawatan lantikan politik di negeri itu.
The post Kelantan harap semua lantikan politik PKR kekal berkhidmat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kelantan harap semua lantikan politik PKR kekal berkhidmat
0 Komentar untuk "Kelantan harap semua lantikan politik PKR kekal berkhidmat"