PETALING JAYA, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Kementerian Kesihatan akan menyiasat kejadian seorang wanita yang dikatakan mati otak selepas mengambil sejenis pil ecstacy yang dipanggil ‘Facebook’ di Johor.
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden itu tetapi menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan yang tidak diiktiraf oleh kementerian.
“Kami belum menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi kita akan melakukan siasatan dan dapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini.
“Perkara ini di luar bidang perubatan, ia di bawah bidang kuasa polis. Pengambilan sebarang bentuk pil atau dadah adalah atas risiko individu itu sendiri.
“Bagaimanapun, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya hanya mengambil ubat-ubatan yang mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK),” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai seorang wanita mati otak selepas mengambil pil ecstacy di sebuah kelab malam di Johor.
Subramaniam, yang juga penasihat MISC-MIFA, berkata, pihaknya juga sentiasa menitikberatkan jenis ubat dikeluarkan, sama ada selamat dimakan, diuji dan diiktiraf oleh farmaseutikal. -Bernama
The post Kementerian Kesihatan siasat pil ‘Facebook’ selepas wanita mati otak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kementerian Kesihatan siasat pil ‘Facebook’ selepas wanita mati otak
0 Komentar untuk "Kementerian Kesihatan siasat pil ‘Facebook’ selepas wanita mati otak"