Gema Semua Maklumat

Kes Surau Austin Perdana: Enam dihadap ke mahkamah

Kes Surau Austin Perdana: Enam dihadap ke mahkamah

JOHOR BAHRU, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan melakukan rusuhan hingga mendatangkan kecederaan di depan Surau Austin Perdana, Jalan Austin Perdana di sini pada 5 Mei lalu.

Tertuduh, Nor Haszman Hashim, 46; Norfriandika Kesuma Irfandi, 22; Robert Bajak, 36; Hazlan Masahat, 55; Muhamad Akhmarul Naim Amir, 22; dan Toh Chai Eun, 28, bagaimanapun tidak mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Salina Omar.

Mahkamah menetapkan 17 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

Kesemua tertuduh dijamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin

Terdahulu, tular video yang memaparkan seorang pemandu Cina dan pasangannya membuat provokasi apabila membunyikan hon tanpa henti ketika jemaah sedang solat Jumaat.

Pemandu itu dikejar orang ramai sebelum beberapa kali cuba berundur dengan laju sehingga hampir melanggar orang ramai serta kenderaan lain.

Rakaman video itu turut menunjukkan orang ramai dilihat memukul kereta dan pemandu lelaki itu dengan menggunakan kon.

The post Kes Surau Austin Perdana: Enam dihadap ke mahkamah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kes Surau Austin Perdana: Enam dihadap ke mahkamah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kes Surau Austin Perdana: Enam dihadap ke mahkamah"

Back To Top