Gema Semua Maklumat

Lapan lelaki didenda mengaku salah tak puasa

Lapan lelaki didenda mengaku salah tak puasa

Gambar hiasan

KOTA SAMARAHAN, 20 Ramadan 1438H, Khamis – Lapan lelaki berusia antara 32 dan 61 tahun hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Samarahan atas kesalahan tidak berpuasa dan cubaan untuk minum di kedai makan dalam bulan Ramadan.

Hakim Syarie, Idris Abdul Kadir berkata, perbuatan tertuduh tidak menghormati bulan Ramadan yang hanya setahun sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa-pendakwa Syarie, Norlinawati Tuah dan Khalijah Abeng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Empat daripada mereka masing-masing didenda RM1,000 serta bakinya didenda antara RM800 hingga RM100 seorang.

Sekiranya gagal membayar denda, mereka boleh dipenjarakan antara 7 hari hingga dua bulan.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 kecuali seorang didakwa di bawah Seksyen 44 akta sama.

The post Lapan lelaki didenda mengaku salah tak puasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lapan lelaki didenda mengaku salah tak puasa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lapan lelaki didenda mengaku salah tak puasa"

Back To Top