BANGI, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Kadang-kadang haiwan ini lebih berguna untuk diikuti sunnah hidup mereka, berbanding manusia yang sengal dan liat daripada mendengar nasihat dan peringatan agama.
Demikian kata Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat (LDPP), Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, ketika mengulas serangan ahli parti rasis dan cauvinis DAP, Datuk Zaid Ibrahim, terhadapnya berikutan ulasan yang dibuat berhubung isi kritikan terhadap juruterbang AirAsia.
“Dato Zaid Ibrahim, dalam banyak-banyak tulisan mengkritik beliau, telah memilih untuk menjawab tulisan saya berkait isu kritikannya terhadap juruterbang AirAsia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Mohamad Abduh berkata, Zaid begitu marah terhadapnya hingga menggelarkannya sebagai sombong dan perasan alim serta tidak faham mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya apa lagi, naik anginlah. Menyeringai macam harimau dan singa nak menerkam dan balas balik. Pandai Dato Zaid Ibrahim memanas barankan saya. Siap ugut-ugut pulak di hujungnya.
“Tapi tengah panas baran tu, saya terbelek pula WhatsApp anak lelaki saya di Afrika Selatan di dalam grup famili yang hantar gambar-gambar singa, cheetah, harimau dan zirafah yang duduk relaks-relaks je di safari mini yang dilawatinya sempena cuti raya Idil Fitri. Tetiba pula hati saya jadi sejuk. Pandai pulak binatang-binatang ganas ni menyejukkan hati saya.
“Saya fikir, kadang-kadang haiwan ni lebih berguna untuk diikuti sunnah hidup mereka berbanding manusia yang sengal dan liat daripada mendengar nasihat dan peringatan ugama,” katanya.
Nik Mohamad Abduh berkata, beliau tidak mahu menjawab kenyataan Zaid terhadapnya kerana mendapati hampir semua netizen marah terhadap tulisan Zaid.
Beliau sebelum ini menyelar bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang membidas tindakan juruterbang AirAsia yang meminta penumpang penerbangan Perth-Kuala Lumpur berdoa ketika pesawat mengalami masalah teknikal.
The post Lebih berguna ikut sunnah hidup haiwan daripada manusia sengal, kata Nik Abduh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih berguna ikut sunnah hidup haiwan daripada manusia sengal, kata Nik Abduh
0 Komentar untuk "Lebih berguna ikut sunnah hidup haiwan daripada manusia sengal, kata Nik Abduh"