Gema Semua Maklumat

Lelaki meninggal dunia ketika sujud solat Isyak

Lelaki meninggal dunia ketika sujud solat Isyak

JAKARTA, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Hasrat seorang lelaki untuk mengerjakan umrah tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia ketika sujud menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Ittihad, Tebet, Jakarta Selatan.

Berdasarkan rakaman kamera keselamatan masjid itu, ia menunjukkan lelaki berkenaan, Izhar Wicaksana sedang bersolat bersama jemaah lain.

Izhar dilihat sujud tetapi tidak bangun, sehinggalah semua jemaah lain selesai solat.

Pengurus masjid, Ruftan berkata, beberapa jemaah membantu Izhar yang dilihat tidak sedarkan diri dan terus membawa lelaki itu ke hospital.

“Apabila tiba di hospital, doktor mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Jelasnya, Izhar bersama keluarganya merancang menunaikan umrah dan sepatutnya berlepas ke Tanah Suci, semalam.

“Izhar berasal dari Bandung dan dia datang ke Tebet untuk berkumpul di rumah saudaranya sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Bagaimanapun, hasrat lelaki itu tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu meninggal dunia,” katanya. – Agensi

 

The post Lelaki meninggal dunia ketika sujud solat Isyak appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lelaki meninggal dunia ketika sujud solat Isyak
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lelaki meninggal dunia ketika sujud solat Isyak"

Back To Top