KUALA KRAI, 7 Ramadan 1438H, Jumaat – Lima maut manakala sembilan lagi parah selepas sebuah van membawa pelajar tahfiz terbabas ke dalam parit sebelum merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu,
Berdasarkan maklumat awal, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi tadi dan lima mangsa berkenaan maut di tempat kejadian selepas tersepit dalam van yang terbalik.
Sementara itu, sembilan lagi mangsa yang cedera parah berjaya dikeluarkan dari van terbabit dengan bantuan orang awam.
Mengesahkan kejadian tersebut, jurucakap bomba berkata, operasi menyelamatkan mangsa digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai serta Machang dengan bantuan 12 anggota.
The post Lima pelajar tahfiz maut, sembilan parah van rempuh rumah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lima pelajar tahfiz maut, sembilan parah van rempuh rumah
0 Komentar untuk "Lima pelajar tahfiz maut, sembilan parah van rempuh rumah"