GAZA, 28 Ramadan 1438H, Jumaat – Presiden Mahmoud Abbas yang mewakili Pihak Berkuasa Palestin (PA) dituduh menggunakan krisis bekalan elektrik dalam cubaan mencetuskan konflik terbaharu antara rejim Israel dengan Pergerakan Pejuang Islam Palestin (Hamas).
Abbas yang juga mengetuai pergerakan Fatah – satu lagi kumpulan Palestin yang mengawal Tebing Barat dan bertentangan pendapat dengan Hamas – cuba meningkatkan ketegangan dengan memotong bayaran bekalan elektrik serta beberapa perkhidmatan lain di Gaza yang ditadbir oleh Hamas.
“Niat sebenarnya adalah meneruskan pemotongan itu dan dalam beberapa bulan nanti akan menghentikan bayaran minyak, perubatan, gaji serta banyak lagi.
“Strategi ini adalah untuk menyakitkan hati Hamas serta menarik Hamas dalam konflik dengan rejim Israel,” kata satu sumber.
Israel tidak berminat untuk berperang sama ada di utara atau selatan, kata Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman turut berpendapat Abbas cuba mencetuskan konflik Hamas-Israel.
Sejak 2006, PA membayar AS$12 juta sebulan untuk bekalan elektrik di Gaza, yang dipotong daripada hasil cukai dikutip Israel bagi pihak mereka.
Loji janakuasa Israel wang membekalkan 30 peratus elektrik ke Semenanjung Gaza telah memotong bekalan ke Gaza, atas permintaan Abbas.
Purata kira-kira dua juta penduduk di Semenanjung Gaza kini menerima dua hingga empat jam bekalan elektrik, berbanding enam hingga lapan jam sebelum ini.
Pegawai kanan kerajaan Fatah bulan lepas berkata, tindakan PA itu bertujuan ‘mengeringkan sumber kewangan Hamas’. – Agensi
The post Mahmoud Abbas mahu cetuskan ‘perang’ Hamas-Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mahmoud Abbas mahu cetuskan ‘perang’ Hamas-Israel
0 Komentar untuk "Mahmoud Abbas mahu cetuskan ‘perang’ Hamas-Israel"