KUALA LUMPUR, 9 Ramadan 1438H, Ahad – Malaysia hari ini mengutuk serangan keganasan di tengah kota London yang dilaporkan mengakibatkan enam orang terbunuh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau amat dukacita dengan insiden itu.
“Saya amat terkejut dan kecewa. Malaysia mengutuk tindakan kejam itu dan kami kekal berdiri teguh dengan rakyat Britain,” kata Najib dalam catatan terbaru di Twitter beliau hari ini.
Tiga suspek ditembak mati oleh polis.
Serangan itu berlaku hampir dua minggu selepas seorang penyerang bunuh diri membunuh sekurang-kurangnya 22 orang pada konsert di Manchester Arena di Manchester. – Bernama
The post Malaysia kutuk serangan keganasan di London appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaysia kutuk serangan keganasan di London
0 Komentar untuk "Malaysia kutuk serangan keganasan di London"