Gema Semua Maklumat

Masih awal untuk ulas isu CEO FVG, kata Isa Samad

Masih awal untuk ulas isu CEO FVG, kata Isa Samad

TANJUNG MALIM, 10 Ramadan 1438H, Isnin – Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan berhubung status Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO), Datuk Zakaria Arshad, kata Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Samad.

Beliau berkata, sebarang keputusan yang akan diambil perlu mengikut prosedur yang ditetapkan yang akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah.

“Masih terlalu awal untuk saya membuat kenyataan sebab apa-apa yang dibuat kena ada prosedurnya, prosedur belum habis (jadi) saya tidak boleh buat apa-apa kenyataan. Keputusan yang akan dibuat adalah di bawah kuasa Lembaga Pengarah,” katanya, semalam..

Mohd Isa mengulas dakwaan seorang blogger kontroversi yang mendakwa beliau cuba menyingkirkan Zakaria pada mesyuarat Lembaga Pengarah, Jumaat lalu.

Beliau turut menafikan mesyuarat itu hanya membincangkan mengenai penyingkiran Zakaria, sebaliknya banyak perkara lain dibincangkan.

Katanya, antara perkara yang dibincangkan adalah termasuk hasrat FGV untuk menubuhkan akademinya sendiri pada tahun ini, khusus untuk melatih kira-kira 18,000 kakitangan di seluruh negara agar lebih cekap dalam tadbir urus. – Bernama

The post Masih awal untuk ulas isu CEO FVG, kata Isa Samad appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Masih awal untuk ulas isu CEO FVG, kata Isa Samad
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Masih awal untuk ulas isu CEO FVG, kata Isa Samad"

Back To Top