Gema Semua Maklumat

JAIS panggil nazir masjid Kampung Melayu Subang hari ini

JAIS panggil nazir masjid Kampung Melayu Subang hari ini

SUNGAI BESAR, 10 Ramadan 1438H, Isnin – Panel Jawatankuasa Khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil penganjur dan nazir Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, hari ini susulan isu anggota Parlimen Subang, R Sivarasa berucap di dewan solat pada satu majlis baru-baru ini.

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kassim berkata, panel empat anggota itu diwujudkan bagi menyiasat perkara itu secara lebih terperinci seperti dititahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat lalu.

Panel jawatankuasa itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid, Idris Ramli.

“Siasatan esok akan lebih tertumpu kepada mengumpul maklumat lebih terperinci berhubung apa sebenarnya berlaku pada hari berkenaan,” katanya, semalam.

Terdahulu, Haris mengiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Masjid Makmuniah, Sungai Nipah, Simpang Lima di sini.

Ditanya sama ada panel jawatankuasa itu akan turut memanggil Sivarasa untuk memberi maklumat berkaitan, Haris berkata, pihaknya akan menghubungi Ahli Parlimen daripada PKR itu jika perlu.

“JAIS tiada kuasa untuk memanggil beliau. Bagaimanapun kita akan cuba mengatur pertemuan bersamanya untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Kalau siasatan nazir dah memadai, kita tak panggil Sivarasa, cuma kalau siasatan tak lengkap,” katanya.

Jumaat lalu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sangat dukacita dengan tindakan Sivarasa yang menyampaikan ucapan di ruang solat masjid berkenaan dalam satu majlis pada 24 Mei lalu.

Baginda menitahkan agar JAIS menyiasat perkara itu dengan terperinci dan mengambil tindakan lanjut terhadap mana-mana anggota jawatankuasa masjid yang melanggar peraturan.

Bagaimanapun, Sivarasa menafikan beliau memberi ceramah politik ketika menyampaikan sumbangan untuk masjid dan surau di kawasan Parlimen berkenaan. – Bernama

You have crossed the line, kata Sultan Selangor kepada Sivarasa

The post JAIS panggil nazir masjid Kampung Melayu Subang hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di JAIS panggil nazir masjid Kampung Melayu Subang hari ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "JAIS panggil nazir masjid Kampung Melayu Subang hari ini"

Back To Top