Gema Semua Maklumat

Menteri nafi beras plastik di jual di Malaysia

Menteri nafi beras plastik di jual di Malaysia

PUTRAJAYA, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menolak dakwaan mengatakan wujudnya penjualan beras plastik di negara ini.

Tegasnya, tiada asas yang kukuh untuk mendakwa terdapat penjualan beras plastik di pasaran tempatan.

Minggu lalu, seorang lelaki mengadu beras wangi Siam yang dibelinya hujung Mei di sebuah pasar raya di Kulai dicurigai diperbuat daripada plastik.

Mengulas mengenai perkara itu, Shabery berkata, selepas dihantar beras itu ke Jabatan Kimia, ia menunjukkan bahawa beras tersebut adalah beras asli.

“Isu ini bukan baharu malah seketika dahulu heboh di media sosial kononnya ada kilang di India tetapi sebenarnya ia adalah gimik semata.Menurutnya, setakat ini tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut.

“Dari segi saintifiknya,menghasilkan beras plastik ini akan menelan kos yang tinggi dan yang lebih penting kalau dimasak apa rasanya?

“Orang mesti tahu, jadi saya hairan kalau ada pihak terikut-ikut dengan perkara ini,” katanya.

The post Menteri nafi beras plastik di jual di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Menteri nafi beras plastik di jual di Malaysia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Menteri nafi beras plastik di jual di Malaysia"

Back To Top