MELBOURNE, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Lelaki yang telah mencetuskan huru-hara kerana mendakwa membawa bahan letupan ketika menceroboh kokpit Malaysia Airlines MH128 akan didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne, hari ini.
Portal 9news melaporkan lelaki warga Sri Lanka yang berusia 25 tahun itu akan didakwa atas kesalahan mengancam untuk meletupkan pesawat berkenaan.
Dia bakal menghadapi dua pertuduhan mengikut Akta Jenayah Penerbangan tetapi tidak menganggapnya sebagai insiden keganasan.
Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton berkata, lelaki itu akan dituduh cuba menceroboh kokpit dengan mendakwa mempunyai bom sebaik pesawat berlepas dari Melbourne menuju Kuala Lumpur, lewat malam tadi.
“Siasatan polis mendapati lelaki itu baru keluar daripada pusat psikiatri di Melbourne, Australia.
“Dia memasuki pusat itu secara sukarela dan tiada apa yang dapat menghalangnya daripada meninggalkan pusat psikiatri itu,” katanya.
Suspek dikatakan bekerja sebagai pelatih tukang masak dan tinggal di Australia menggunakan visa pelajar.
Semalam, penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne sebaik sahaja berlepas selepas seorang penumpang mendakwa memiliki bahan letupan mahu memasuki kokpit.
Pesawat yang membawa 337 penumpang termasuk anak kapal selamat mendarat dan suspek itu dibawa keluar dari pesawat oleh pihak keselamatan lapangan terbang.
The post MH128: Suspek didakwa hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di MH128: Suspek didakwa hari ini
0 Komentar untuk "MH128: Suspek didakwa hari ini"