Gema Semua Maklumat

MOF akan keluar RFP untuk Bandar Malaysia akhir minggu

MOF akan keluar RFP untuk Bandar Malaysia akhir minggu

KUALA LUMPUR, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Kementerian Kewangan (MoF) akan mengeluarkan permohonan cadangan (RFP) akhir minggu ini untuk pihak yang berminat menyertai projek Bandar Malaysia, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Irwan yang juga Pengerusi TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd, berkata menerusi RFP, MoF akan menetapkan kriteria dan syarat baharu kepada syarikat yang akan terlibat.

“Sudah ada pihak yang mendaftar, namun kami mengeluarkan RFP dengan syarat tertentu kali ini, seperti syarikat terkemuka yang mempunyai pengalaman luas atau mungkin mereka yang disenarai dalam Fortune 500, ” katanya kepada pemberita pada pelancaran pertandingan sulung ColossusINNO2017 di sini hari ini.

Beliau berkata, belum ada ketetapan mengenai tempoh masa RFP akan dijalankan sebelum keputusan mengenai pihak yang boleh menyertai projek terlibat.

Bagi Bajet 2018, beliau berkata MoF sudah menubuhkan pasukan untuk mengumpul data, membuat analisis dan menyediakan strategi.

Bajet akan dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober tahun ini.

Irwan berkata, satu bidang yang akan ditekankan ialah keusahawanan dan inovasi dengan sejumlah peruntukkan akan disediakan kepada pelbagai entiti untuk memacu agenda itu, memandangkan kedua-dua merupakan pendorong pertumbuhan ekonomi dan menyediakan pekerjaan pada masa depan.-  Bernama

The post MOF akan keluar RFP untuk Bandar Malaysia akhir minggu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di MOF akan keluar RFP untuk Bandar Malaysia akhir minggu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "MOF akan keluar RFP untuk Bandar Malaysia akhir minggu"

Back To Top