Gema Semua Maklumat

MRT Fasa Kedua kini 99 peratus siap

MRT Fasa Kedua kini 99 peratus siap

SEPANG, 4 Syawal 1438H, Rabu – Projek Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Kedua Lembah Klang kini sudah 99 peratus siap, kata Presiden Prasarana Malaysia Bhd, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Beliau berkata, perkhidmatan dari Semantan ke Kajang itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai ini.

“Kami sedang menjalankan pemeriksaan akhir dan pentauliahan sistem. Ia untuk memastikan kelancaran kereta api semasa dan selepas pelancaran,” katanya kepada pemberita, hari ini.

MRT (1) Fasa Satu, memulakan operasinya pada 16 Disember tahun lalu, dan fasa kedua yang akan dilancarkan pada 17 Julai depan, melengkapkan laluan 51km Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Seramai 500,000 penumpang setiap hari dijangka mendapat faedah daripada kedua-dua fasa berkenaan.

The post MRT Fasa Kedua kini 99 peratus siap appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di MRT Fasa Kedua kini 99 peratus siap
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "MRT Fasa Kedua kini 99 peratus siap"

Back To Top