WASHINGTON, 9 Ramadan 1438H, Ahad – Setiap pemohon visa yang mahu berkunjung ke Amerika Syarikat (AS) akan diminta supaya menyertakan sekali butir akaun laman sosial peribadi.
Cadangan yang diluluskan oleh Pentadbiran Rumah Putih itu, juga akan mewajibkan maklumat berkaitan nombor telefon, nombor pasport dan alamat emel yang telah digunakan oleh setiap pemohon sejak lima tahun lalu diisi dengan jelas.
Selain itu, alamat tempat tinggal, pekerjaan serta sejarah tempat tinggal sejak lima belas tahun lalu juga perlu diisikan oleh para pemohon dalam satu kertas soal jawab sebelum boleh diberikan visa oleh pihak kedutaan.
Perubahan proses permohonan itu dibuat bagi membantu pihak keselamatan AS menyekat penularan sebarang aktiviti keganasan militan yang kemungkinan besar muncul di negara terbabit tanpa dijangka.
Bagaimanapun, cadangan itu menerima tentangan daripada ramai pengkritik kerana beranggapan tempoh proses permohonan visa akan berjalan lebih lama berbanding sebelum ini. – Agensi
The post Pemohon visa ke AS diwajibkan nyata akaun laman sosial peribadi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pemohon visa ke AS diwajibkan nyata akaun laman sosial peribadi
0 Komentar untuk "Pemohon visa ke AS diwajibkan nyata akaun laman sosial peribadi"