Gema Semua Maklumat

Peniaga bazar Ramadan di Selangor wajib pamer tanda harga

Peniaga bazar Ramadan di Selangor wajib pamer tanda harga

SHAH ALAM, 7 Ramadan 1438H, Jumaat – Amaran kepada semua peniaga di tapak bazar Ramadan di seluruh Selangor, mereka diwajib mempamerkan tanda harga bagi setiap barangan atau makanan yang dijual.

Menegaskan peraturan itu, Ketua Seksyen Penguatkuasa  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Basarudin Mohiyudin berkata, tidak ada pengecualian diberikan kepada golongan peniaga walaupun kebanyakannya hanya menjalankan aktiviti itu pada bulan Ramadan.

Jelas beliau, peraturan mempamerkan tanda harga itu melibatkan semua peniaga termasuk yang menjual kuih-muih, lauk-pauk dan barang makanan lain seperti ikan dan ayam.

Beliau berkata, pihaknya telah mengedarkan risalah kepada peniaga bazar supaya mematuhi arahan yang digariskan KPDNKK mengikut Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 berhubung kempen #janganlebihlebih itu.

“Bermula 27 Mei lepas sehingga hari ini,  KPDNKK telah melakukan pemeriksaan ke atas 1,831 gerai bazar di 50 lokasi di negeri ini termasuk sekitar Shah Alam, Gombak, Petaling Jaya dan Kuala Selangor dengan 30 peniaga diberi amaran kerana kegagalan mempamerkan tanda harga,” katanya.

The post Peniaga bazar Ramadan di Selangor wajib pamer tanda harga appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Peniaga bazar Ramadan di Selangor wajib pamer tanda harga
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Peniaga bazar Ramadan di Selangor wajib pamer tanda harga"

Back To Top