MELBOURNE, 7 Ramadan 1438H, Jumaat – Penumpang mabuk yang cuba memasuki kokpit pesawat Malaysia Arlines dengan peranti yang dianggap bom dilaporkan enggan hadir ke mahkamah.
Sydney Morning Herald melaporkan peguambela Tessa Dunsford memberitahu Mahkamah Majistret di Merlbourne yang anak guamnya, Manodh Marks, 25, bimbangkan keselamatan dalam tahanan kerana usia dan penampilannya.
Marks dilaporkan didakwa di bawah Akta Jenayah Penerbangan Commonwealth 1991 kerana secara semberono membahayakan keselamatan pesawat, membuat ancaman atau keterangan palsu dan mengancam untuk memusnahkan, merosakkan dan membahayakan keselamatan pesawat atau membunuh atau mencederakan penumpangnya.
Kesalahan itu membawa hukuman penjara 10 tahun. Ketika ini Marks warga Sri Lanka itu ditahan reman sehingga pendengaran kes pada Ogos.
Marks ditangkap semalam selepas mencetuskan gempar dalam penerbangan MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Victoria Graham Ashton berkata, Marks baru sahaja dibebaskan dari jagaan psikiatri dan menaiki pesawat beberapa jam kemudian.
“Dia dibebaskan dari jagaan psikiatri (pada Rabu), dan dari situ kami percaya dia membeli tiket pesawat ini…dan kemudian menuju ke lapangan terbang dan menaiki pesawat itu,” katanya.
The post MH128: Penumpang mabuk masuk kokpit ditahan reman appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di MH128: Penumpang mabuk masuk kokpit ditahan reman
0 Komentar untuk "MH128: Penumpang mabuk masuk kokpit ditahan reman"