Gema Semua Maklumat

Pesawat Malindo Air pula hadapi masalah enjin, dilencongkan ke Delhi

Pesawat Malindo Air pula hadapi masalah enjin, dilencongkan ke Delhi

BANGI, 4 Syawal 1438H, Rabu – Selepas, pesawat AirAsia terpaksa berpatah balik ke Perth, Australia ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur beberapa hari lalu, kali ini sebuah pesawat Malindo Air dari Lahore, Pakistanpula terpaksa dilencongkan ke Delhi, India, disebabkan masalah enjin.

Menurut syarikat penerbangan itu, penerbangan OD132 berlepas dari Lahore kira-kira jam 9.25 malam Ahad lalu sebelum ia berdepan dengan masalah teknikal.

Juruterbang mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi.

“Semua 75 penumpang selamat dan diberikan penginapan satu malam di hotel lapangan terbang Delhi. Mereka berlepas ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan OD206 dan OD208 pada hari berikutnya,” kata kenyataan syarikat itu semalam.

Kru teknikal telah dihantar ke lapangan terbang berkenaan bagi menjalankan pemeriksaan terhadap pesawat bersama juruteknik pesawat dari India, Jet Airways.

“Siasatan sedang berjalan bersama dengan pengeluar enjin dan Boeing bagi mengenal pasti punca utama kejadian,” menurut Malindo Air.

The post Pesawat Malindo Air pula hadapi masalah enjin, dilencongkan ke Delhi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pesawat Malindo Air pula hadapi masalah enjin, dilencongkan ke Delhi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pesawat Malindo Air pula hadapi masalah enjin, dilencongkan ke Delhi"

Back To Top