WASHINGTON, 4 Syawal 1438H, Rabu – Syarikat minyak terbesar Russia, bank Ukraine dan firma multinasional menjadi mangsa serangan ransomware baharu – virus sama seperti ransomware sebelum ini – yang mengganggu sistem komputer pada peringkat global.
Serangan itu menimbulkan kebimbangan apabila ia menyebabkan kegagalan sistem rangkaian perniagaan, menutup infrastruktur dan melumpuhkan rangkaian korporat serta kerajaan oleh penggodam yang semakin agresif.
Ia termasuk kod yang dikenali sebagai ‘Eternal Blue’ – pakar keselamatan siber percaya kebanyakannya telah dicuri daripada Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA) – dan juga digunakan dalam serangan ransomware bulan lalu, iaitu ‘WannaCry’.
“Serangan siber boleh menghancurkan kami. Syarikat harus melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Ketua Eksekutif Secure Ideas, Kevin Johnson.
Serangan siber Ransomware sebelum ini merebak dengan cepat di seluruh dunia menggunakan kecacatan keselamatan dalam sistem operasi Windows XP Microsoft, versi terdahulu yang tidak diberi sistem sokongan teknologi arus perdana oleh Amerika.
Dikenali sebagai ransomeware WannaCry, ia mengunci fail pengguna dan pada skrin terdapat mesej yang meminta bayaran AS$300 dalam bentuk mata wang maya Bitcoin bagi menyahsulitkan fail.
Russia dan Ukraine adalah antara yang paling dipengaruhi dengan serangan siber. Menurut syarikat perisian keselamatan, Kaspersky Lab, antara negara lain turut terjejas dengan ancaman serangan itu termasuklah Britain, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Amerika Syarikat.
Pakar-pakar keselamatan berkata, mereka menjangkakan impak Eternal Blue mungkin lebih kecil daripada WannaCry.
Namun, ia boleh menjadi lebih bahaya daripada serangan ransomware kerana komputer tidak bertindak balas dan tidak mampu berfungsi seperti biasa, kata Juniper Networks (JNPR.N) dalam blog analisisnya.
Penyelidik berkata, serangan itu mungkin meminjam kod malware yang digunakan dalam serangan ransomware sebelum ini, dikenali sebagai ‘Petya’ dan ‘GoldenEye’.- Agensi
The post Syarikat minyak Russia, bank Ukraine mangsa serangan ransomware baharu Eternal Blue appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Syarikat minyak Russia, bank Ukraine mangsa serangan ransomware baharu Eternal Blue
0 Komentar untuk "Syarikat minyak Russia, bank Ukraine mangsa serangan ransomware baharu Eternal Blue"