Gema Semua Maklumat

Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan

Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan

BANGI, 24 Safar 1439H, Isnin – Jabatan Metorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di perairan beberapa kawasan di perairan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, amaran ribut petir menyeluruh itu dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

Ia dijangka membabit perairan Sarawak termasuk di Limbang, Miri dan Bintulu termasuk beberapa daerah di Sabah, (Pendalaman, Pantai Barat dan Kudat).

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” kata kenyataan itu.

The post Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan"

Back To Top