Gema Semua Maklumat

Polis buru pemandu Viva langgar lari warga emas

Polis buru pemandu Viva langgar lari warga emas

Gambar hiasan

BESUT,19 Ramadan 1438H, Rabu – Polis memburu seorang pemandu kereta Perodua Viva bagi membantu siasatan kes langgar lari melibatkan seorang wanita warga emas.

Dalam insiden berkenaan, mangsa, Rokiah @ Mek Yam Awang maut dalam kemalangan di Jalan Pasir Putih, Kelantan-Jertih dekat Kampung Padang Luas, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia lingkungan 70 tahun sedang berjalan bersama suaminya menuju ke kereta yang diletakkan di seberang jalan sebelum dilanggar kereta terbabit.

Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bedah siasat di Hospital Daerah Besut mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan.

“Pemandu kereta terbabit didapati melarikan diri selepas kejadian itu”, katanya.

Jelas Zamri, siasatan awal mendapati kereta Viva berkenaan adalah milik Mohd Shahimie Bahari dari Gerik, Perak tetapi telah disewakan melalui sebuah syarikat sewa kereta kepada Yong Yoon Kian yang bekerja di Putrajaya bagi tujuan kegunaan harian.

Sehubungan itu, mana-mana saksi atau sesiapa yang dapat membantu untuk mengenal pasti pemandu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hisham Abu Bakar di Pejabat Cawangan Traffik Jertih di nombor talian 09-6972700.

The post Polis buru pemandu Viva langgar lari warga emas appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis buru pemandu Viva langgar lari warga emas
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis buru pemandu Viva langgar lari warga emas"

Back To Top