Gema Semua Maklumat

Polis kesan rakyat Malaysia lari dari penjara Bali

Polis kesan rakyat Malaysia lari dari penjara Bali

KUALA LUMPUR, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan seorang banduan rakyat Malaysia yang melarikan diri dari penjara Kerobokan, Bali, Indonesia, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya masih menunggu maklumat dari pihak berkuasa negara tersebut mengenai banduan terbabit.

“Sebaik sahaja kita menerima maklumat dari pihak berkuasa Indonesia, langkah seterusnya adalah mengenal pasti lokasi pertama suspek tersebut tuju sekiranya dia berada di negara ini untuk berlindung.

“Bagaimanapun, kita perlu semak dahulu. Jika benar dia berada di sini (Malaysia), kita akan tahan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee.

Semalam, empat banduan warga asing dipercayai melarikan diri melalui terowong dari penjara Kerobokan.

Empat suspek tersebut terdiri daripada seorang rakyat Malaysia iaitu Tee Kok King yang dipenjara atas kesalahan dadah dan tiga lagi rakyat dari Australia, Bulgaria dan India.

Ketua penjara, Tonny Nainggolan berkata, banduan dari Malaysia itu dihukum atas kesalahan dadah dengan hukuman tujuh tahun penjara.

The post Polis kesan rakyat Malaysia lari dari penjara Bali appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis kesan rakyat Malaysia lari dari penjara Bali
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis kesan rakyat Malaysia lari dari penjara Bali"

Back To Top