Gema Semua Maklumat

Persatuan teksi tolak Isa Samad terajui SPAD

Persatuan teksi tolak Isa Samad terajui SPAD

SHAH ALAM, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini tidak disenangi ramai pihak termasuk beberapa persatuan teksi.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah berkata, Isa bukan individu yang tepat untuk menerajui SPAD.

Tidak merestui keputusan itu, pihaknya menggesa kerajaan supaya melantik individu lain bagi mennerajui SPAD, demi kebaikan industri itu sendiri.

“Kalau kita lihat kepada latar belakangnya, Isa lebih dilihat sebagai orang politik, berbanding sebagai tokoh perniagaan. Jadi, saya kurang yakin Isa mampu melonjakkan industri pengangkutan awam ke tahap yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi dengan apa yang sedang berlaku terhadap FGV sekarang.

“Saya harap, kerajaan dapat mempertimbangkan semula untuk melantik individu lain untuk menerajui SPAD, bagi menggantikan Tan Sri Syed Hamid Albar,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan.

Respon itu diberikan berdasarkan insiden yang melanda Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) ketika ini.

Sementara itu, Pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubaharin Ismail pula mencadangkan kerajaan supaya melantik bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad sebagai pengerusi SPAD yang baharu.

Katanya, Ismail mempunyai pengetahuan luas dan perundangan dalam industri pengangkutan awam, berdasarkan pengalamannya sebagai ketua pengarah jabatan terbabit selama tiga tahun.

“Jadi, saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan saya ini, demi kebaikan industri teksi tempatan.

“Saya bercadang untuk menulis surat kepada Isa, sebaik sahaja beliau mula bertugas, untuk segera melakukan perjumpaan dengan pemain industri bagi mengetahui selok-belok industri pengangkutan awam,” katanya.

The post Persatuan teksi tolak Isa Samad terajui SPAD appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Persatuan teksi tolak Isa Samad terajui SPAD
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Persatuan teksi tolak Isa Samad terajui SPAD"

Back To Top