Gema Semua Maklumat

Polis memang diarah siasat terpeinci kes 1MDB

Polis memang diarah siasat terpeinci kes 1MDB

 

BANGI, 2 Syawal 1438H, Isnin – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, Jabatan Peguam Negara (AGC)  mengarahkan agensinya menyiasat lebih lanjut berhubung 1MDB.

“Saya ingat saya sudah cakap ini. Saya sudah beritahu sebelum ini bahawa Peguam Negara telah mengarahkan kita menyiasat lanjut beberapa persoalan yang timbul, jadi kita sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas disoal wartawan sama ada terdapat sebarang arahan dari pejabat peguam negara berhubung kertas siasatan yang diserahkan oleh polis.

Polis menubuhkan sebuah pasukan penyiasat pada April 2016 untuk meneliti laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, sehari selepas laporan berkenaan dibentangkan.

Bagaimanapun, pada April, Khalid memberitahu pemberita bahawa siasatan itu telah selesai.

Tekanan semakin meningkat selepas pemfailan saman sivil terbaru oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB pada 15 Jun.

 

The post Polis memang diarah siasat terpeinci kes 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis memang diarah siasat terpeinci kes 1MDB
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis memang diarah siasat terpeinci kes 1MDB"

Back To Top